Jangan Ada Yang Ingat Drama Adam Dan Hawa Kat Astro tuh Kisah Sirah Nabi Pulak

Siapa kat sini yang tengok Dexter ?

Disebabkan aku tak boleh nampak kau orang, so aku imagine ada laa 2-3 orang yang angkat tangan. Aku pon tunjuk sambil kira-kira sambil angguk-angguk. Aku tahu kau orang banyak yang tak layan cerita omputeh, banyak yang suka tengok adam dan hawa je nih. haha

Bagi siapa-siapa yang tak tahu, Dexter adalah seorang pakar analisis percikan darah untuk polis Miami. Ye, aku pun tak tau sebuah bidang kerja yang sebegitu spesifik wujud dalam dunia ni. Mungkin dia ni lagi power dari dokter forensik Djetjep.Tapi yang menariknya, Dexter juga adalah seorang pembunuh bersiri. Tapi untuk mewajarkan ketagihan membunuh beliau, Dexter hanya bunuh orang jahat yang terlepas dari hukuman mahkamah. Kira dia ni superhero laa. Macam Chempiang.

Disebabkan sekarang nih aku tengah belajar blok forensik, so kiranya aku dah tahu cara-cara nak bunuh orang dengan berjaya. Well, bunuh orang senang, tapi dengan berjaya tuh yang susah. Berjaya tuh maksudnya pembunuh yang boleh buat dokter forensik pening kepala sampai kena buka balik buku hijau laa, buku biru laa, buku putih laa, buku hijau putih laa. Ni inside jokes, maybe ada yang tak faham.

Contohnya macam ni, penjerutan pada leher selalu ada kesan, tak kisah laa kau guna tali ke, dawai ke, even plastik. Dokter aku pernah cakap penjerutan yang takde kesan bila guna kaos kaki nilon. Kaos kaki tuh maksudnya stokin. Nanti dalam visum dokter cuma boleh tulis 'tidak ditemukan tanda penjerutan di leher'. Dokter maybe boleh suggest penjerutan guna kaos kaki nilon, tapi suggestion tanpa bukti kan lemah.

Contoh lain nak bezakan penjerutan tuh bunuh diri atau orang lain yang jerut leher. Bilangan lilitan, simpul lilit kat mana, kesan jerut tinggi atau rendah, benda-benda macam ni boleh dimanipulasikan untuk peningkan dokter. haha ye kot.

So kepada semua kawan aku, kalau kau orang nak bunuh orang, boleh call aku. Aku tahu kau orang mesti dah desperate dan mempunyai alasan yang cukup kuat sampai nak bunuh orang, i wont judge. Aku tade laa nak tolong directly, tapi setakat nak bagi tips-tips dan consult tuh boleh. haha

Aku pernah cakap pada seorang kawan, nanti kalau dia dah jadi dokter dan jumpa kes bunuh pelik, tanya laa aku dulu. Mana tahu kot aku yang buat. haha memang tak lawak.

So, apa kaitan dengan Dexter ? Entah laa

I win, Birch !!

Aku ada imaginasi liar berharap yang kawan aku akan sebut ayat kat atas ni sambil salam dengan kawan-kawan dia yang hadir wedding party dia. Fail ayat bahasa malaysia aku. haha

Btw, nope, tak berlaku. Aku nak cerita hal lain sebenarnya.


Satu, aku rasa kepulangan kali ni membuatkan aku rasa makin nak habiskan belajar. banyak member kat Malaysia semua dah kerja. Kalau berjumpa, semuanya stail "Eh sori lambat sikit aku ada meeting tadi bincang pasal tender, proposal, prokumen, corporate merger, pelaburan, duit juta-juta, Tan Sri ni, Datuk tu, blablabla." Serius, aku kagum. Dalam pikiran aku, "Wah, rakan-rakanku akhirnya dah jadi orang!" Yang dah jadi suami dan bapak orang pun ada. Aku masih lagi erm, kalau ikutkan expression fevret abah aku, terhegeh-hegeh mengabiskan pelajaran.

Dua, buat beberapa kalinya aku eksiden ketika aku sendiri memandu. (Kalau eksiden masa orang lain bawak, dah pernah banyak kali). Masa tu aku nampak sorang mat rempit ni ragut beg tangan sorang awek. Aku pun ape lagi, terus masuk gear reverse dan tekan minyak untuk mengejar mamat tu. Yela, nak u-turn takut tak sempat. Sesampainya di sebuah jalan mati aku lantas brek dan kereta aku terpusing lalu terlanggar motor mamat ni menyebabkan beliau terpelanting ke dalam loji kumbahan. Aku pun amik beg tangan minah tu dan berlalu pergi. Itulah eksiden pertama aku. Dahsyat bukan? Salah! Sebenarnya eksiden tu hanye berlaku kat tempat parking lrt wangsa maju. Aku tengah nak masuk parking belah kiri, lepastu terlanggar sebuah kereta pada kelajuan 5 kmj. Langsung tak dahsyat. Jangan risau, takde gaduh-gaduh sebab takde orang, aku pon berlalu pergi mencari tempat parking baru.

Tiga, dulu aku rasa aku tak perlukan banyak duit untuk bahagia. Tapi kepulangan aku kali ni menyebabkan aku bertukar pikiran. Sekarang aku rasa aku tak perlukan banyak duit, tapi aku perlukan duit yang secukupnya untuk at least hidup mewah. Hah. Camane tuh?

Empat, kepulangan aku kali ni membuatkan aku sedar betapa aku langsung tak amik pot pasal politikus Malaysia. Setiap kali member-member bukak topik pasal Haji Hadi atau Anwar Ibrahim atau sesape ahli politik, aku akan pelan-pelan tukar topik. Kalau Rosmah takpe, aku nak dengar. 

Taktiknya adalah dengan menarik perhatian sorang ahli kumpulan yang tak banyak cakap, pastu berbual dengan beliau. Orang lain pun akan pelan-pelan masuk perbualan tersebut maka akhirnya topik politik tadi akan lenyap. Bukan apa, aku dalam keadaan bercuti. Jadi perbualan pun mestilah ringan-ringan dan tak menyesakkan otak. Aku juga rasa yang bila berbincang pasal politik, semua orang akan jadi pessimis pasal Malaysia. Padahal untuk orang yang dah lama merantau macam aku, Malaysia masih sebuah negara yang agak best serba-serbi. 

Tapi yelah, bak kata Khalil Gibran, "Gunung di kejauhan nampak lebih agung kepada mereka yang berada di lembah, tetapi tidak kepada mereka yang mendiami gunung itu sendiri."

Hop on the first flight to phuket, spa and full body massage

Especially massage kat kepala.

Ini adalah apa yang aku rasa setelah habis ujian oscar aku. Alaa, ujian oscar, tak tahu ke ? Ujian yang kau kena berlakon jadi doctor tuh. Ujian besar yang i took it lightly dan lepas tuh aku menyesal tak sudah. Ujian yang sepatutnya aku prepare a month before, tapi aku cram last minit. Ujian yang buatkan aku sedar, banyak gila ilmu aku yang kurang.

Ye, ujian tu laa. Nama ujian tuuh oscar. haha


Baideway, siapa nak cerita pasal ujian ? aku nak cerita pasal, pasal ape entah, in sweet and short version, sebab aku takde idea dan aku desperate nak tulis apa yang aku rasa lepas ujian oscar tuh.


Sebenarnya senang je nak manipulasi orang lain. Kau pusing satu dua perkataan, terus berita tu boleh berubah daripada sebaik-baiknya, jadi sejahat-jahatnya.

Mari kita ambil contoh klasik tiga penduduk Felda Mengkuang iaitu Makcik Tipah, Makcik Senah, dan Makcik Natasha. (Cewah. Sorang makcik urban sesat di kampung.) Dengar khabar Makcik Tipah baru melahirkan anak. Ketika membeli ikan kembung di pasar pagi, Makcik Natasha berkata pada Makcik Senah, "Ehhh Senah. Kau tau, anak si Tipah tu, comel sangat. Macam kucing!"

Makcik Senah pun, dengan mulut terkumat-kamit, terus ambik teksi bergegas ke bilik hospital siloam nombor 4014 di mana Makcik Tipah diwadkan. "Tipah, oo Tipah. Kau tahu apa Natasha kata? Dia kata muka anak kau macam binatang!"

Babak seterusnya: Perang satu kampung.

Berita negatif ni macam kemuncup. Melekat senang, tapi nak mencabutnya pehh... lagi senang beli seluar baru.


"no matter how words are created, still it cannot express feelings accurately" - some guy 

Sebelum Facebook dan Twitter, Agaknya Macam Mana Orang Berdoa ?

Politik sikit. Sebab sekarang nih tengah hangat pasal PAU. Sampai ada orang cakap, kalau beli utusan 18 muka surat cerita berkenaan PAU, 2 helai je pasal berita isu semasa, setengah muka surat pasal kuih pau. Eh ?!

Politik isu lama pun, tapi aku baru dapat peluang nak komen, jadi aku komen la. Pertama sekali, aku nak bagitau aku adalah anti-politik, bukan sebab aku dibiayai JPA, tapi sebab aku rasa otak aku masih belum ada ruang untuk politik. Ada yang kata aku bodoh, sebab politik merangkumi pendidikan, kesihatan, agama, kaum dan ekonomi. Pendek kata, politik adalah kehidupan. Kalau ikutkan definisi politik, memangla macam tu. Tapi kalau ikutkan kejujuran pada diri sendiri, politik adalah politikus yang tahu memutarbelitkan fakta untuk nampak bijak. Politik juga adalah pergelutan merebut kuasa dengan membeli kepercayaan rakyat dan mempergunakan rakyat sebagai buah catur, perkauman sebagai papan catur, dan agama sebagai checkmate. Itulah politik pada mata aku. 

Sebenarnya, aku amat kagum dengan orang yang sanggup berdiri dan menyokong apa yang diorang percaya dan perjuangkan, tak kira la apa isu sekalipun. Orang-orang yang turun padang dan cuba menganjak ke arah perubahan. Orang-orang yang bukan hanya berjuang dengan klik "LIKE" pada pautan Facebook dan menganggap mereka adalah ejen perubahan. Sedarlah bahawa perjuangan kat Internet tiada erti. Memangla revolusi Arab hari tu dimangkin oleh Internet, tapi perubahan hanya berlaku bila rakyat keluar rumah dan memberontak. Serius. Orang yang mengomen bersungguh-sungguh di Internet tanpa bertindak adalah umpama perut yang makan ubat flatulence. Kentut je lebih, beraknya taknak.

Aku tak menyokong atau menentang mana-mana parti politik. Tapi kalau korang menyokong mana-mana parti politik dan bertindak sebab korang pecaya pada pegangan korang, sokonglah. Turunlah padang. Asalkan tak berlaku ganas, bersuaralah. Sebab Malaysia ni negara demokrasi, dan asas demokrasi adalah kebebasan hak bersuara.

Tapi kalau sokong sekadar untuk jadi lain daripada yang lain, menentang hanya untuk rebel, bersuara hanya untuk populariti, memberontak untuk membuat kemusnahan, dan berjuang tanpa objektif, aku sarankan agar korang makan racun tikus dan berdaftar sebagai penderma organ. Sekurang-kurangnya, walaupun korang tak berguna semasa hidup, mati nanti ada jugak manfaat korang kat orang lain. Racun tikus ye, bukan panadol. Sebab panadol hepatotoksik, nanti hati rosak.

Aku belajar perkataan baru, Soiree

Dalam hati ada taman. Dalam taman, ada makcik tengah buat senaman Tai Chi



Dia orang buat tai chi sebab dengar kata yoga dah haram. Tapi kan, mana ada orang buat yoga kat taman. Eh, distraction

Nak cerita pasal kawen skeeeeettt. Skeeeeeet jeee (sambil buat huruf 'c' kecik guna jari ibu dengan jari telunjuk) mesti kau orang tengah buat kan ? haha

Beberapa hari lepas aku ada baca tweet seorang artis nih, tweet dia kurang lebih macam nih laa, aku nak cari balik pon malas, dia giat sangat tweet.

"ish, kenapa banyak sangat yang belum kahwin lagi nih"
"kalau awak nak cari, dalam TL saya banyak yang single"

ish..ish..ish..seriussslyyy ?!

Alhamdulillah syukur kepada siapa-siapa yang bertemu jodoh awal, terutama kepada kawan-kawan aku. Tapi janganlah ingat semua orang pon kena bertemu jodoh awal, dan jangan lah buat perkahwinan nih too cheap, nak cari jodoh boleh cari kat timeline twitter. 

Tak perlu kot rasanya beriya-iya nak suruh orang lain kahwin awal. Sebuk suruh kahwin awal satu hal, ada yang sampai semangat nak tolong carikan lagi. Ye laa, memang masa depan rumah tangga aku terletak kat pilihan kau orang pon. haha

Yee aku tahu perkahwinan satu benda yang baik (kot), tuntutan agama, sunah nabi, ibadah. Tapi macam ibadah-ibadah yang lain, kita kena laa buat dengan sempurna dan bila dah sampai waktu. Mungkin waktu seseorang tuh tak sama dengan seseorang yang lain.

Satu aku perasan waktu fenomena UAI, dia buat orang ramai rasa perkahwinan ni satu benda sangat simple. Easily said, kadang-kadang aku rasa dia macam demonised women. Contohnya, tak kisah laa kau nak kahwin dengan siapa pon, asalkan kau baik. (aku cakap bagi pihak lelaki). Sebab fungsi perempuan just jaga makan minum, kemas rumah, basuh baju, layan suami. Macam, mana-mana perempuan pon boleh buat. Dia tak tekankan yang this is the same person that you will wake up with, beside you, next 10 years, 20 years and...

Ini berdasarkan observasi, pemahaman dan pendapat aku je. Oooh aku tahu im just being pessimistic. Tapi, the idea of sharing lifes with someone till ends, frightens me. 

Eh, ter-curhat plak

Ustaz, apa hukum perempuan senyum pada lelaki ?



Ish..ish..ish..


MANA BOLEH !! HARAM TAHU !! DOSA BESAR !! MASUK NERAKA JAHANNAM !! ALLAH TAK TERIMA AMALAN !! KENA LAKNAT DUNIA AKHIRAT !! MALAIKAT BENCI !! NABI TAK MENGAKU UMMAT !! KENA TAUBAT NASUHA !! 


Please laa aku harap ni hukum dia, kalau tak...

Bahasa jiwa bangsa. Jadi, jiwa bangsa Melayu adalah "Apa celoopp toqq"

Dipetik daripada Masterchef Malaysia episod 1:

"Itik mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi dan merupakan salah satu nutrien yang penting dalam badan kita."

Aku tak tau pulak itik adalah satu nutrien penting untuk badan. Kalau ikut iklan Dumex, nutrien yang penting untuk badan adalah protein, vitamin, zat besi dan taurina. Itik tak disebut pulak.

Ini adalah antara contoh terbaik penyalahgunaan kata hubung dalam Bahasa Melayu yang mengakibatkan kekeliruan dalam pemahaman. Ayat yang betul adalah:

"Itik mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi yang merupakan salah satu nutrien yang penting dalam badan kita."

Dengar macam pelik, tapi dalam Bahasa Melayu, yang pelik tulah selalunye tepat. Tapi tula, kita tak suka pakai perkataan yang tepat. Skema kononnya.

Disebabkan semua orang tak suka guna istilah dan tatabahasa Melayu yang tepat, maka susah nak tulis buku saintifik yang mengikut piawaian sebab orang kita tak mesra dengan istilah-istilah saintifik Bahasa Melayu. Alah bukan setakat istilah saintifik. Ada kawan aku nak keluar duit kat mesin wang pun kene gelak sebab pilih menu Bahasa Melayu. Punyala jijiknya taraf Bahasa Melayu ni.

Tapi bila orang suruh belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, semua bantah. Ilmu susah nak sampai, kata diorang. Bila dialih bahasa dalam bahasa ibunda, diorang gelakkan pulak. Contohnya perkataan harness, bila diterjemah jadi "abah-abah". 

"KAAHHHKAHHAKHHKAH ABAH-ABAH! Ape celakenye abah-abah? Maknanya kalau aku nak panjat gunung, aku kena ikat abah kau kat celah kangkang aku ke? Hahaha kelakarnya hentak-hentak kaki tepuk-tepuk lutut punye kelakar."

Sebenarnya takdela kelakar sangat. Banyak lagi benda yang lebih kelakar. Contohnye perkataan 'tolong'. Aku rase perkataan 'tolong' macam kelakar, sebab kedengaran macam bunyi tong gas kosong jatuh tangga. Tolong tolong tolong tolong tolong tolong. Tapi kita takda pulak rasa kelakar. Sebab apa? Sebab hari-hari guna sampai dah jadi biasa. 

Macam perkataan harness tadi, bila cakap dalam Bahasa Inggeris pun ramai tak tau apa kebendenye harness ni. Nak kena  Google Image barulaa, "Ooo benda ni ke...". Bila cakap dalam BM, abah-abah, pun ramai tak tau. Kalau dah dua-dua bahasa pun tak paham, nak guna bahasa apa lagi? Kadazan Dusun? 

Ke.... bukan salah bahasa, tapi salah orang? Isk mana boleh. MESTI salah bahasa. Orang tak pernah salah. Dalam hidup, cara paling senang untuk menutup kelemahan diri adalah dengan menuduh orang lain.

Kalau alasan tanak guna Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik adalah sebab takut Bahasa Melayu pupus, takpe. Memang betul evolusi Bahasa Melayu sekarang seolah-olah terbantut, jadi kita perlulah buat segala benda untuk elakkan kepupusan Bahasa Melayu. 

Tapi berapa ramai orang kite yang pakai Facebook dalam tetapan Bahasa Melayu? Adela tige belas orang. Sebab ape? Sebab kalau tetapan Facebook dalam BM nampak pelik. (Ye, 'settings' dalam Bahasa Melayu adalah 'tetapan'). Haritu aku bukak Facebook aku, yang memang dah berkurun lama aku letak dalam BM, depan sorang kawan aku. Melayu. Dia tengok, dia kata, "Suapan Berita? Tu maksudnye newsfeed ke? Hahahahahaah SUAPAN BERITA! Nganga sikit, aku nak suap berita kat kau. Hahaha suapan berita."

Ala bende macam tu pun kau nak gelak. Aku dah hari-hari tengok sampai aku rasa dah terbiasa tengok suapan berita, pastu semak pesanan, pastu lihat pemberitahuan, suka status, lihat gambar, dan kalau nak bersembang aku perlu masuk ke dalam talian. Takdela dengar macam pelik sangat pun kan?

Jadi hari ni aku nak berkempen mari ramai-ramai kita tukar tetapan Facebook ke Bahasa Melayu. Nampak macam tak penting, tapi bak kata Mahatma Ghandi, "Jadilah perubahan yang anda ingin lihat di dunia." Maknanya kalau kau nak orang lain berubah, menaiktarafkan Bahasa Melayu, kau la kena berubah dulu. Jangan asik merungut sungai kotor tapi diri sendiri masih berak tepi jambatan. 

Kalau dalam Bahasa Melayu ilmu susah nak sampai sebab tak cukup perkataan, tambahla perkataan. Dan biasakan diri dengan perkataan tu. Bahasa adalah sesuatu yang bersifat lincah. Sangat senang nak berubah. Bahasa sepatutnya berevolusi dan sentiasa menyerap. 

Ada yang kata bahasa ni adalah untuk orang sastera. Pencinta puisi. Pemain kata. Bahasa adalah untuk penyair dan Dewan Bahasa.

Tapi, menurut Antoine Lavoisier, seorang ahli kimia Perancis kurun ke-18, "Dengan melihat, kita berfikir. Dengan berfikir, kita memahami. Dengan memahami, kita mengajar. Untuk mengajar, kita perlu difahami. Dan untuk difahami, kita perlukan bahasa yang tepat. Tanpa bahasa yang tepat, hilanglah ilmu."

Maka, barangsiapa yang memisahkan sains dan sastera, matilah ia tanpa diwarisi ilmunya


p/s btw Antoine Lavoisier tak cakap Bahasa Melayu. Aku dah translate sebab aku tahu kau orang bukan power speeking laanden pon. 

You mad ? || No, I am qalqalah


Sebentar lagi aku akan menghadapi ujian Skill lab, teknik balut-membalut. Sebentar lagi, sebab depends on timeline kau orang la, aku dapat idea nak tulis sebelum ujian, tapi aku tulis hari selasa. Kau orang pula mungkin baca hari selasa, maybe esoknya, maybe tak baca pon.


Oke, berbalik pada ujian tadi, eh silap, bukan pada ujian tapi sebelum ujian. Sebelum ujian biasanya pelbagai macam perasaan dan masalah yang timbul. Kegusaran hati, jantung berdegup kencang, tangan cuba memperagakan cara letak kasa ukuran sedang pada bantalan tulang genu dan maleolus, otak sibuk menghafal list, otak sibuk membayangkan apa yang aku akan buat, otak sibuk fikir malam nih nak makan sate atau ketoprak. Sebab aku dah lama tak makan sate, tapi sate mahal so tak payah makan laa malam nih. Eh, distraction.


“Eh Fasren ensem, sini aku ajar satu ayat sebelum ujian skill lab”, kata temanku. Serius aku tak tipu dia cakap macam nih.


“Tapi kau boleh baca ayat ni sebelum ujian skill lab je, kalau ujian integrasi tak mujarab sangat”, aku dah rasa agak pelik, curious sikit. Ayat spesifik untuk ujian skill lab ? Just wow !!


 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1.    إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
2.    وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
3.    فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.


Wow, ilmu baru. Kawan aku pon cerita laa Surah An-Nasr ada kaitan dengan surah Al-lahab, menerangkan tentang kemenangan yang diperoleh Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut-pengikutnya, sedang Surah Al-Lahab menerangkan tentang kebinasaan dan siksaan yang akan diderita oleh Abu Lahab dan isterinya sebagai orang-orang yang menentang Nabi. (wiki)


Aku pon kongsi sedikit ilmu yang aku ada. Kalau waktu sebelum ujian mcm ni emak aku akan suruh baca surah ni :


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1.    أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?
2.    وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam),
3.    الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
4.    وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5.    فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6.    إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7.    فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
8.    وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


“Eh, ni surah untuk bagi ketenteraman jiwa, tak cukup. Kena baca surah aku bagi td, yang Allah bagi pertolongan dan hancurkan musuh Islam.” Kata beliau.


Betul juga. Tapi penguji ujian skill lab aku dr.Heaven yang baik. Cukup laa baca ayat penenang jiwa supaya aku boleh buat lancar. Tapi doktor yang akan uji kawan aku tu jahat, so logik laa kalau dia nak baca surah yang Allah beri pertolongan dan hancurkan musuh Islam.


Tergantung keadaan.