I win, Birch !!

Aku ada imaginasi liar berharap yang kawan aku akan sebut ayat kat atas ni sambil salam dengan kawan-kawan dia yang hadir wedding party dia. Fail ayat bahasa malaysia aku. haha

Btw, nope, tak berlaku. Aku nak cerita hal lain sebenarnya.


Satu, aku rasa kepulangan kali ni membuatkan aku rasa makin nak habiskan belajar. banyak member kat Malaysia semua dah kerja. Kalau berjumpa, semuanya stail "Eh sori lambat sikit aku ada meeting tadi bincang pasal tender, proposal, prokumen, corporate merger, pelaburan, duit juta-juta, Tan Sri ni, Datuk tu, blablabla." Serius, aku kagum. Dalam pikiran aku, "Wah, rakan-rakanku akhirnya dah jadi orang!" Yang dah jadi suami dan bapak orang pun ada. Aku masih lagi erm, kalau ikutkan expression fevret abah aku, terhegeh-hegeh mengabiskan pelajaran.

Dua, buat beberapa kalinya aku eksiden ketika aku sendiri memandu. (Kalau eksiden masa orang lain bawak, dah pernah banyak kali). Masa tu aku nampak sorang mat rempit ni ragut beg tangan sorang awek. Aku pun ape lagi, terus masuk gear reverse dan tekan minyak untuk mengejar mamat tu. Yela, nak u-turn takut tak sempat. Sesampainya di sebuah jalan mati aku lantas brek dan kereta aku terpusing lalu terlanggar motor mamat ni menyebabkan beliau terpelanting ke dalam loji kumbahan. Aku pun amik beg tangan minah tu dan berlalu pergi. Itulah eksiden pertama aku. Dahsyat bukan? Salah! Sebenarnya eksiden tu hanye berlaku kat tempat parking lrt wangsa maju. Aku tengah nak masuk parking belah kiri, lepastu terlanggar sebuah kereta pada kelajuan 5 kmj. Langsung tak dahsyat. Jangan risau, takde gaduh-gaduh sebab takde orang, aku pon berlalu pergi mencari tempat parking baru.

Tiga, dulu aku rasa aku tak perlukan banyak duit untuk bahagia. Tapi kepulangan aku kali ni menyebabkan aku bertukar pikiran. Sekarang aku rasa aku tak perlukan banyak duit, tapi aku perlukan duit yang secukupnya untuk at least hidup mewah. Hah. Camane tuh?

Empat, kepulangan aku kali ni membuatkan aku sedar betapa aku langsung tak amik pot pasal politikus Malaysia. Setiap kali member-member bukak topik pasal Haji Hadi atau Anwar Ibrahim atau sesape ahli politik, aku akan pelan-pelan tukar topik. Kalau Rosmah takpe, aku nak dengar. 

Taktiknya adalah dengan menarik perhatian sorang ahli kumpulan yang tak banyak cakap, pastu berbual dengan beliau. Orang lain pun akan pelan-pelan masuk perbualan tersebut maka akhirnya topik politik tadi akan lenyap. Bukan apa, aku dalam keadaan bercuti. Jadi perbualan pun mestilah ringan-ringan dan tak menyesakkan otak. Aku juga rasa yang bila berbincang pasal politik, semua orang akan jadi pessimis pasal Malaysia. Padahal untuk orang yang dah lama merantau macam aku, Malaysia masih sebuah negara yang agak best serba-serbi. 

Tapi yelah, bak kata Khalil Gibran, "Gunung di kejauhan nampak lebih agung kepada mereka yang berada di lembah, tetapi tidak kepada mereka yang mendiami gunung itu sendiri."

0 berani komen: