Jangan Ada Yang Ingat Drama Adam Dan Hawa Kat Astro tuh Kisah Sirah Nabi Pulak

Siapa kat sini yang tengok Dexter ?

Disebabkan aku tak boleh nampak kau orang, so aku imagine ada laa 2-3 orang yang angkat tangan. Aku pon tunjuk sambil kira-kira sambil angguk-angguk. Aku tahu kau orang banyak yang tak layan cerita omputeh, banyak yang suka tengok adam dan hawa je nih. haha

Bagi siapa-siapa yang tak tahu, Dexter adalah seorang pakar analisis percikan darah untuk polis Miami. Ye, aku pun tak tau sebuah bidang kerja yang sebegitu spesifik wujud dalam dunia ni. Mungkin dia ni lagi power dari dokter forensik Djetjep.Tapi yang menariknya, Dexter juga adalah seorang pembunuh bersiri. Tapi untuk mewajarkan ketagihan membunuh beliau, Dexter hanya bunuh orang jahat yang terlepas dari hukuman mahkamah. Kira dia ni superhero laa. Macam Chempiang.

Disebabkan sekarang nih aku tengah belajar blok forensik, so kiranya aku dah tahu cara-cara nak bunuh orang dengan berjaya. Well, bunuh orang senang, tapi dengan berjaya tuh yang susah. Berjaya tuh maksudnya pembunuh yang boleh buat dokter forensik pening kepala sampai kena buka balik buku hijau laa, buku biru laa, buku putih laa, buku hijau putih laa. Ni inside jokes, maybe ada yang tak faham.

Contohnya macam ni, penjerutan pada leher selalu ada kesan, tak kisah laa kau guna tali ke, dawai ke, even plastik. Dokter aku pernah cakap penjerutan yang takde kesan bila guna kaos kaki nilon. Kaos kaki tuh maksudnya stokin. Nanti dalam visum dokter cuma boleh tulis 'tidak ditemukan tanda penjerutan di leher'. Dokter maybe boleh suggest penjerutan guna kaos kaki nilon, tapi suggestion tanpa bukti kan lemah.

Contoh lain nak bezakan penjerutan tuh bunuh diri atau orang lain yang jerut leher. Bilangan lilitan, simpul lilit kat mana, kesan jerut tinggi atau rendah, benda-benda macam ni boleh dimanipulasikan untuk peningkan dokter. haha ye kot.

So kepada semua kawan aku, kalau kau orang nak bunuh orang, boleh call aku. Aku tahu kau orang mesti dah desperate dan mempunyai alasan yang cukup kuat sampai nak bunuh orang, i wont judge. Aku tade laa nak tolong directly, tapi setakat nak bagi tips-tips dan consult tuh boleh. haha

Aku pernah cakap pada seorang kawan, nanti kalau dia dah jadi dokter dan jumpa kes bunuh pelik, tanya laa aku dulu. Mana tahu kot aku yang buat. haha memang tak lawak.

So, apa kaitan dengan Dexter ? Entah laa

I win, Birch !!

Aku ada imaginasi liar berharap yang kawan aku akan sebut ayat kat atas ni sambil salam dengan kawan-kawan dia yang hadir wedding party dia. Fail ayat bahasa malaysia aku. haha

Btw, nope, tak berlaku. Aku nak cerita hal lain sebenarnya.


Satu, aku rasa kepulangan kali ni membuatkan aku rasa makin nak habiskan belajar. banyak member kat Malaysia semua dah kerja. Kalau berjumpa, semuanya stail "Eh sori lambat sikit aku ada meeting tadi bincang pasal tender, proposal, prokumen, corporate merger, pelaburan, duit juta-juta, Tan Sri ni, Datuk tu, blablabla." Serius, aku kagum. Dalam pikiran aku, "Wah, rakan-rakanku akhirnya dah jadi orang!" Yang dah jadi suami dan bapak orang pun ada. Aku masih lagi erm, kalau ikutkan expression fevret abah aku, terhegeh-hegeh mengabiskan pelajaran.

Dua, buat beberapa kalinya aku eksiden ketika aku sendiri memandu. (Kalau eksiden masa orang lain bawak, dah pernah banyak kali). Masa tu aku nampak sorang mat rempit ni ragut beg tangan sorang awek. Aku pun ape lagi, terus masuk gear reverse dan tekan minyak untuk mengejar mamat tu. Yela, nak u-turn takut tak sempat. Sesampainya di sebuah jalan mati aku lantas brek dan kereta aku terpusing lalu terlanggar motor mamat ni menyebabkan beliau terpelanting ke dalam loji kumbahan. Aku pun amik beg tangan minah tu dan berlalu pergi. Itulah eksiden pertama aku. Dahsyat bukan? Salah! Sebenarnya eksiden tu hanye berlaku kat tempat parking lrt wangsa maju. Aku tengah nak masuk parking belah kiri, lepastu terlanggar sebuah kereta pada kelajuan 5 kmj. Langsung tak dahsyat. Jangan risau, takde gaduh-gaduh sebab takde orang, aku pon berlalu pergi mencari tempat parking baru.

Tiga, dulu aku rasa aku tak perlukan banyak duit untuk bahagia. Tapi kepulangan aku kali ni menyebabkan aku bertukar pikiran. Sekarang aku rasa aku tak perlukan banyak duit, tapi aku perlukan duit yang secukupnya untuk at least hidup mewah. Hah. Camane tuh?

Empat, kepulangan aku kali ni membuatkan aku sedar betapa aku langsung tak amik pot pasal politikus Malaysia. Setiap kali member-member bukak topik pasal Haji Hadi atau Anwar Ibrahim atau sesape ahli politik, aku akan pelan-pelan tukar topik. Kalau Rosmah takpe, aku nak dengar. 

Taktiknya adalah dengan menarik perhatian sorang ahli kumpulan yang tak banyak cakap, pastu berbual dengan beliau. Orang lain pun akan pelan-pelan masuk perbualan tersebut maka akhirnya topik politik tadi akan lenyap. Bukan apa, aku dalam keadaan bercuti. Jadi perbualan pun mestilah ringan-ringan dan tak menyesakkan otak. Aku juga rasa yang bila berbincang pasal politik, semua orang akan jadi pessimis pasal Malaysia. Padahal untuk orang yang dah lama merantau macam aku, Malaysia masih sebuah negara yang agak best serba-serbi. 

Tapi yelah, bak kata Khalil Gibran, "Gunung di kejauhan nampak lebih agung kepada mereka yang berada di lembah, tetapi tidak kepada mereka yang mendiami gunung itu sendiri."