Pak Said pon kalah

Sejak akhir-akhir ni, Cik Lesung banyak mendengar berita kurang baik tentang seorang artis A ni. Kalau disebut nama, memang semua orang kenal. Apa taknya, orangnya rupawan dan pandai bergaya, sering jadi muka depan majalah-majalah hiburan. Filem beliau yang terbaru pun mendapat sambutan hangat.

Tapi yang tak sedapnya, ada desas-desus mengatakan artis A ni adalah perempuan simpanan seorang Tan Sri. Cik Lesung bukanlah apa, orang kita ni memang senang cemburu. Kalau tengok artis-artis perempuan pakai kereta import yang mahal, mulalah dikata perempuan simpananlah, GRO-lah. Tapi betul juga. Takkan baru berlakon beberapa buah filem dah mampu beli kereta mewah buatan Itali?

Kalau betullah khabar angin ni, Cik Lesung harap artis A ni berubahlah. Awak tu bukannya tak berbakat. Lebih baik bekerja keras dan makan hasil titik peluh sendiri, bukan menjaja tubuh sana-sini. Ini belum Cik Lesung buka cerita pasal seorang artis B asal dari utara yang dengar khabar tengah hangat bercinta dengan seorang penjual putu mayam sampai ditangkap basah dalam tandas stesen minyak! 

Cik Lesung: Nak buang air di tandas stesen minyak pun kadangkala tak lalu, inikan pulak...
___________________________________________________________________________


Baru ni aku ada pergi Lawson dengan seorang kawan. Sebab dia ada buat benda khianat dekat aku, so dia kena beri penjelasan. btw penjelasan dia tak boleh pakai.

Dia ada cerita dia tengah usahakan satu novel sci-fi. Kagum aku. Dia ada minta pendapat aku untuk jalan cerita novel dia, too bad imaginasi aku tak cukup power dan aku tak boleh nak tolong, kalau tak mesti nama aku ada dalam novel dia yang part "terima kasih saya ucapkan kepada bla bla bla, terutama kepada fasren, bla bla.."

Aku selalu beranggapan bahawa penulisan aku cukup baik. Cukup baik maksudnya orang suka baca, kalau baca dia boleh faham apa yang aku nak sampaikan. Takde laa sampai boleh publish atau apa tapi ada je orang yang aku tak kenal baca hasil penulisan aku.

Tapi realitinya, penulisan aku sama taraf macam wartawan majalah Nangka je. Ye, majalah yang kalau baca boleh degenerate neurons.

........................................................................................................


Amacam? Ada bakat tak aku jadi wartawan hiburan? Alah, nak jadi wartawan hiburan ni bukan perlu ada otak. Kalau tengahari kau ada deadline, tak payah kelam-kabut siapkan awal-awal. Kau bangun pukul 10, buat Milo letak susu pekat manis lebih, merayau kat Facebook kejap, main Sim City pastu dah nak masuk pukul 11.30 bolehla kau mula menulis.


Idea? Alah... Tak payah nak cari sumber, tak payah nak selidik sana, kaji sini. Yang diperlukan hanya sedikit kreativiti dan sedikit bakat menipu. Nama artis pun kau tak payah carik. Letak satu huruf je pun dah cukup. Pembaca nak teka, itu diorang punya pasal la. Padahal artis kau ni tak wujud pun. haha. 

Nama kau sendiri pun tak payah letak. Yelah, wartawan hiburan bukannya ada integriti pun. Kau letak nama bangang macam Siti Benang, Kaki Kerusi, Beautiful Kera, Oh Bintang pun orang mesti baca punye.


Lepas tu, kau bagi la penerangan sikit. Alah, bukan susah. Kau bagila hint kata artis ni cantik, berlakon filem meletup, dan dikenali ramai. Nanti orang mesti teka Erra Fazira lah, Lisa Surihani lah, Fasha Sandha lah, Fazura lah. 


Eh tapi nanti dulu. Setakat penerangan macam tu, orang takkan baca dua kali. Status kau sebagai wartawan pun takkan meletup. Kalau nak bagi lagi best, kau kena masukkan unsur lucah. Alah, kau cakapla artis tu pernah ditangkap khalwat dengan produser filem ke, rakan artis ke, bangla kedai mamak ke. Tak kirala sape pun. Asalkan pembaca dapat bayangkan artis tu buat maksiat, cukupla. Nak best lagi? Haa kalau nak best lagi, kau cakapla artis ni kat dalam TV muka dia baik, suci, alim, ayu. Nanti pembaca akan meluaskan lagi skop pencarian diorang kepada artis-artis yang langsung tak disangka-sangka seperti Wardina ke, Waheeda ke.


Alah, dosa memfitnah ni bukan orang nampak. Lagipun, kau cuma tulis ruangan gosip je. Orang lain nak memfitnah, nak mengumpat, itu diorang punye pasal la. Bukan dosa kau. Betul tak? Yang kau tau, kau tulis ruangan gosip rambang tanpa pembayang, dan hujung bulan duit masuk. Hikhik. Budak sekolah rendah pun boleh buat kerja ni. 


Yelah, bukan senang nak dapat kerja yang langsung tak perlukan otak, integriti, atau kemahiran. Lagipun, siapa lagi nak memanipulasi kebodohan pembaca akhbar Melayu kalau bukan wartawan hiburan Melayu sendiri betul tak?


Balik krismas nih aku nak jelajah tandas stesen minyak sekitar KL, mana tau dapat jumpa artis.

1 berani komen:

SuE RaY said...

Itu lah, fiction is always more interesting than fact..

Tp kalau org x tau bezakan antara 2 tuh, payah gak..

=)