Orked oo Orked



Beberapa hari lepas, sambil menunggu kelas laser dr. Peter, ada beberapa orang kawan cerita-cerita pasal nak letak nama anak. Dia orang nih memang hebat, kahwin pon tak lagi, dah plan nak letak nama anak apa.

Isu utama adalah bila ada seorang nih melahirkan kerisauan (gile ah penggunaan bahasa malaysia aku) nama-nama anak melayu pascamoden sekarang terlalu...well terlalu moden. Then dia plan nak letak nama anak kembar dia (ye, dapat anak kembar pon masuk dalam plan) Adam mukhriz dengan Ain hawani. Zzz pengaruh novel banyak sangat...

Bagi aku, jujur aku cakap, aku agak rasa menyampah kalau nama canggih sangat. Well ini masalah aku sebab rasa menyampah, please ignore. Aku tahu yang parents akan berusaha bagi nama anak yang unik, yang lain dari yang lain, yang bila orang sebut kena tarik nafas dua kali, yang bila kena tulis dalam kertas omr tak cukup kotak.

Point aku untuk perenggan ni agak kejam, sampai aku tak sampai hati nak tulis. Aku bagi hint je laa. Comparison antara muka dengan nama. haha (ish..ish..ish tak baik gelak)


Cuba bayangkan kalau nama anak macam ni, nak sebut pon kena usaha lebih

 -Elvira Alainea Batrisha binti Abu

 -Iskandar Sayeed Batistuta Mercury bin Jusoh

 -Emelda Daniela Ixora binti Bidin

 -Kristal Frederika Cahayamatahari binti Bustamam

 -Aleesha Xanadu Newton John binti Samat

 -Uthmaniyyah Batutta Al-Jawhariya bin Sameon

 -Eereena Eezwaneesha Eefrawatee binti Eebraheem

Ini contoh je, jangan ada yang ambil buat ilham pulak. Apa-apa pon, tak kira laa nama anak orang macam mana sekalipun, aku akan hormat (kutuk dalam hati je)

Btw, aku dengar nama anak Que haidar dan linda jasmine is Tengku Cleopatra. Ultimate win !! Tengku Cleopatra membuatkan nama-nama yang aku listkan dekat atas tuh nampak murah dan tak best.



1 berani komen:

SuE RaY said...

Lol.. Contoh nama yg bnyk nih gives me the impression that you've been busy thinking up names too..
=P

Nice post.. =)