Frap ye, bukan fap


"One caramel frap please, venti", order seorang auntie (bukan makcik, sebab dia nampak urban)

"Kak, saya nak coffee frap dengan cream caramel satu, saiz besar ye kak", orderku. (pfft tak urban langsung cara order)

Walaupon tak jauh dari tempat tuh ada outlet old  town white coffee, tapi kaki aku tetap melangkah masuk ke dalam starbucks tanpa berfikir panjang, pendek pon tak fikir, tanpa ragu-ragu mahupon Muthu (lawak 1malaysia sikit)

Di Malaysia, ada satu trend yang aku perasan, sesetengah barang kena jadi super mahal untuk laku. Tapi bukan saja-saja mahal, mahal kena ada sebab, walaupon sebab tuh tak munasabah, tak kisah sebab tak logik janji boleh justified. 

Btw ini dari pemerhatian aku je, dan tak valid untuk semua benda

kita ada satu pemikiran yang menyatakan bahawa kalau barang tuh lagi mahal, secara automatik barang tuh akan jadi lebih best,  lebih sedap (kalau makanan), lebih tahan lama, lebih yang segala-galanya lebih (in positive way)

Beberapa contoh

Kawan aku pernah recommend breakfast dekat the gardens, Madam Kwan's Nasi lemak. Nama pon dah tak halal, tapi ada je cop halal. Last time aku pergi harga nasi lemak dia rm14.90, tu pon dah lama, sekarang aku rasa dah naik. Pfftt tak sedap, tak berbaloi laa dengan harga yang dibayar, tak berbaloi dengan usaha aku kena drive pergi sana, tak berbaloi dengan semangat aku bangun pagi. 

Tapi sebab tuh Madam Kwans, sebab ada dekat the gardens, sebab nasi lemak dia rm14.90 semua benda tuh justified untuk menjadikan nasi lemak tuh automatiik sedap dan ramai yang datang makan. Contoh nasi lemak yang lain, yang dijual dekat cafeteria office emak aku, nasi lemak harga rm4.50 (kalau tak salah), aku tak pernah beli sebab aku rasa mahal. Walaupon jauh lagi murah dari Madam Kwans, tapi rm4.50 untuk nasi lemak yang dijual dekat tempat kerja is mahal yang tade sebab, so orang tak ramai yang beli.

1 scoop Baskin Robbins harga rp30 000, roughly about rm10. Tapi sebab tuh Baskin Robbins automatik jadi sedap. Walhal bagi aku, rasa dia tak jauh beza pon dengan aiskrim tiub kat carefour.

-


Bagi aku, pecahan matawang juga main peranan untuk kita rasa suatu barang tuh mahal atau murah. Contoh laa kalau bayar barang dengan wang kertas dengan koin, kita akan rasa benda yang bayar dengan koin tuh lebih murah. Aku bagi contoh starbucks (starbucks laa, nampak kaya sikit), caramel frap, venti

Malaysia - rm18+-
Indonesia - rp54k+-
jepang - ¥550+-

Kalau di Malaysia dan Indonesia, aku kena keluarkan beberapa not nilai besar hanya untuk bayar harga air. Rp50 tuh, kalau time aku tade duit boleh save untuk makan 3-4 hari rasanya. See how it relates, rp50k boleh guna untuk makan 3-4 hari, tapi dihabiskan untuk air yang last maybe 20minutes. Lepas beli biasa aku akan menyesal, ada laa dalam 10 minit menyesal.

Tapi kalau jepang, ¥500 ada dalam bentuk koin, so nak bayar just bagi koin. Macam beli air kat sekolah rendah, bayar air harga 20sen pakai koin. Mungkin dari kecik kita dah diasuh bayar air dengan koin rasa murah, so bila dah besar pon sama. Illuminati betul !!






0 berani komen: